Ikhwan fillah yang di rahmati Allah
jauh hari sebelum Aceh berada di bawah naungan pemerintah NKRI, kita sudah dipimpin oleh para Sultan/Raja,
ada banyak titik kerajaan di Aceh,
diantara beberapa kerajaan ada satu kerajaan yang dimana sultannya memiliki wasiat untuk rakyat aceh, nah, disini saya minta pendapat kawan-kawan semua, saya ingin bertanya, apakah baik atau justru buruk dampaknya apabila kita membangun aceh diatas jalan wasiat raja kita dahulu?
berikut ini isi dari wasiatnya :
“KEWAJIBAN
RAKYAT KERAJAAN ISLAM ACEH BANDAR DARUSSALAM"
Bismillahirrahmanirrahim,
Amma ba'du
Maka inilah
pohon kerajaan Aceh Bandar Darussalam.
Mulai
terdiri Kerajaan Aceh Bandar Darussalam iaitu pada tahun 913 Hijriah pada
tanggal 12 Rabi'ul Awwal hari Ahad bersamaan 23 Juli, 1507;
Atas nama
yang berbangsawan bangsa Aceh iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Johan Ali
Ibrahim Mughayat Syah Johan Berdaulat.
Maka pohon
kerajaan mulai tersusun oleh yang berbangsawan tersebut hingga sampai pada
kerajaan puteranya yang kuat iaitu Paduka Seri Sultan Alauddin Mahmud Al-Qahhar
Ali Riayat Syah:
Kemudian
hingga sampai pada masa kerajaan cicitnya iaitu Raja yang lang-gemilang gagah
perkasa yang masyhur al-mulaqaab Paduka Seri Sultan Al-Mukarram Sultan Alauddin
Mahkota Alam Iskandar Muda Perkasa Alam Syah Johan Berdaulat Zilullah Fil Alam;
yatiu telah
ijmak keputusan sabda muafakat Kerajaan Aceh Bandar Darussalam beserta alim
ulamak dan hulubalang dan menteri-menteri;
Iaitu telah
ditetapkan dia dan telah difaftarkan dan iaitu dengan sahih sah dan muktamad
dengan memberitahu dan diperintahkan dia dengan mengikut dan menurut
menjalankan dan melaksanakan oleh seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Aceh Bandar
Darussalam dan jajahan takluknya iaitu diwajib difayahkan di atas seluruh
rakyat Aceh Bandar Darussalam dan jajahan takluknya.
Bahawasanya
kita semuanya satu negeri bernama Aceh dan berbangsa Aceh dan berbahasa Aceh
dan kerajaan Aceh dan alam Aceh;
Yakni satu
negeri satu bangsa dan satu kerajaan dan satu alam dan satu agama yakni Islam
dengan mengikut syariah Nabi Muhammad SAW;
Atas jalan
ahlu-Sunnah wal Jamaah dengan mengambil hukum daripada Qur'an dan Hadis dan
qias dan ijmak ulama ahlu-sunnah wal jamaah;
Dengan hukum
dengan adat dengan resam dengan kanun iaitu syarak Allah dan syarak
Rasullulllah dan syarak kami;
Bernaung di
bawah Alam Merah Cap Peudeung lukisan warna putih yang berlindung di bawah
panji-panji Syariat Nabi Muhammad SAW;
Dari dunia
sampai ke akhirat dalam dunia ini sepanjang masa:
1. Pertama
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang lelaki lagi mukaallaf dan bukan
gila iaitu hendaklah membawa senjata ke mana-mana pergi berjalan siang-malam
iaitu pedang atau sikin panjang atau sekurang-kurangnya rincong tiap-tiap yang
bernama senjata.
2. Kedua
tiap-tiap rakyat mendirikan rumah atau masjid atau baleeh-baleeh atau meunasah
maka pada tiap-tiap tihang di atas puting di bawah bara hendaklah di pakai kain
merah dan putih sedikit yakni kain putih.
3. Ketiga
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh iaitu bertani utama lada dan barang
sebagainya.
4. Keempat
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengajar dan berlajar pandai emas dan
pandai besi dan pandai tembaga beserta ukiran bunga-bungaan.
5. Kelima
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang perempuan iaitu mengajar dan
belajar membikin tepun (tenun) bikin kain sutera dan kain benang dan menjaid
dan menyulam dan melukis bunga-bunga pada kain pakaian dan barang sebagainya.
6. Keenam
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar jual-beli dalam
negeri dan luar negeri dengan bangsa asing.
7. Ketujuh
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar ilmu kebal.
8. Kedelapan
diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh yang laki-laki mulai taklif syarak umur
lima belas tahun belajar dan mengajar main senjata dengan pendekar silek dan
barang sebagainya.
9.
Kesembilan diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh dengan wajib ain belajar dan
megajar ilmu agama Islam syariah Nabi Muhammad SAW atas almariq ( berpakaian )
mazhab ahlu-sunnah wal jamaah r.ah ajmain.
10.
Kesepuluh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh menjauhkan diri daripada
belajar dan mengajar ilmu kaum tujuh puluh dua yang di luar ahli sunnah wal
jamaah r. ah ajmain .
11.
Kesebelas sekalian hukum syarak yang dalam negeri Aceh diwajibkan memegang atas
jalan Mazhab Imam Syafi'i r.a. di dalam sekalian hal ehwal hukum syarak syariat
Nabi Muhammad SAW. Maka mazhab yang tiga itu apabila mudarat maka dibolehkan
dengan cukup syartan ( syarat ). Maka dalam negeri Aceh yang sahih-sah muktamad
memegang kepada Mazhab Syafi'i yang jadid.
12.
Keduabelas sekalian zakat dan fitrah di dalam negeri Aceh tidak boleh pindah
dan tidak diambil untuk buat bikin masjid-masjid dan balee-balee dan
meunasah-meunasah maka zakat dan fitrah itu hendaklah dibahagi lapan bahagian
ada yang mustahak menerimanya masing-masing daerah pada tiap-tiap kampung maka
janganlah sekali-kali tuan-tuan zalim merampas zakat dan fitrah hak milik yang
mustahak dibahagi lapan.
13. Yang
ketigabelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh membantu kerajaan berupa
apa pun apabila fardhu sampai waktu datang meminta bantu.
14.
Keempatbelas diwajibkan diatas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar
mengukir kayu-kayu dengan tulisan dan bunga-bungaan dan mencetak batu-batu
dengan berapa banyak pasir dan tanah liat dan kapur dan air kulit dan tanah
bata yang ditumbok serta batu-batu karang dihancur semuanya dan tanah diayak
itulah adanya.
15. Kelima
belas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh belajar dan mengajar Indang Mas
di mana-mana tempatnya dalam negeri.
16.
Keenambelas diwajibkan di atass sekalian rakyat Aceh memelihara ternakan
seperti kerbau dan sapi dan kambing dan itik dan ayam tiap-tiap yang halal
dalam syarak agama Islam yang ada memberi manfaaf pada umat manusia diambil
ubat.
17. Ketujuh
belas diwajibkan ke atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan khanduri Maulud akan
Nabi SAW, tiga bulan sepuluh hari waktunya supaya dapat menyambung silaturrahmi
kampung dengan kampung datang mendatangi kunjung mengunjung ganti-berganti
makan khanduri maulud.
18.
Kedelapanbelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa hendaklah pada
tiap-tiap tahun mengadakan Khaduri Laut iaitu di bawah perintah Amirul Bah
yakni Panglima Laot.
19.
Kesembilanbelas diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh mengerjakan Khanduri
Blang pada tiap-tiap kampung dan mukim masing-masing di bawah perintah Penglima
Meugoe dengan Kejrun Blang pada tiap-tiap tempat mereka itu.
20.
Keduapuluh diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa tiap-tiap pakaian
kain sutera atau benang atau payung dan barang sebagainya yang berupa warna
kuning atau warna hijau tidak boleh memakainya kecuali yang boleh memakainya
iaitu Kaum Bani Hasyim dan Bani Muthalib yakni sekalian syarif-syarif dan
sayed-sayed yang turun menurun silsilahnya daripada Saidina Hasan dan Saidina
Husin keduanya anak Saidatina Fatima Zahra Nisa' Al-Alamin alaihassalam binti
Saidina Rasulullah Nabi Muhammad SAW; dan warna kuning dan warna hijau yang
tersebut yang dibolehkan memakainya iaitu sekalian kaum keluarga ahli waris
Kerajaan Aceh Sultan yang raja-raja dan kepada yang telah diberi izin oleh
kerajaan dibolehkan memakainya; kepada siapapun.
21.
Keduapuluhsatu diwajibkan di atas sekalian rakyat Aceh bahawa jangan
sekali-kali memakai perkataan yang hak kerajaan: Pertama titah kedua sabda
ketiga Karunia keempat Nugerahi kelima Murka keenam Daulat ketujuh Seri Pada (
Paduka ) kedelapan Harap Mulia kesembilan Paduka Seri kesepuluh Singgahsana
kesebelas Takhta keduabelas Duli Hadrat ketigabelas Syah Alam keempatbelas Seri
Baginda kelimabesar Permaisuri keenambelas Ta.
Maka
demikianlah sabda muafakat yang sahih-sah muktamad daripada Kerajaan Aceh
Bandar Darussalam adanya.
Maka
hendaklah menyampaikan sabda muafakat keputusan kerajaan kami oleh Hulubalang
Menteri kami kepada sekalian rakyat kami ke seluruh Aceh iaitu daerah-daerah
dan mukim-mukim dan kampung-kampung dan dusun-dusun timur dan barat tunong dan
baruh kepada sekalian imam-imam dan kejrun-kejrun dan datuk-datuk dan
kechik-kechik dan wakil-wakil dan sekalian orang yang tuha-tuha dan muda-muda
dan sekalian orang yang ada jabatan masing-masing besar dan kecil menurut
kadarnya dan ilmunya;
Iaitu
mudah-mudahan insya Allah ta'ala dapat selamat bahagia sekalian umat manusia
dalam negeri Aceh Bandar Darussalam khasnya dan Aceh jajahan takluk amnya iaitu
siapa menjadi manusia yang baik dan berkelakuan yang baik serta tertib sopan
majlis dan hormat mulia yang sempurna dengan berkat syafaat Nabi SAW supaya
terpeliharalah bangsa kami Aceh dan negeri kami Aceh daripada mara dan bahaya
dengan selamat sejahtera bahagia sepanjang masa dan jauh daripada lembah
kehinaan dan kesusahan sepanjang hidup;
Supaya
terpeliharalah negeri kami Aceh dan alam kami Aceh dan bangsa kami Aceh dengan
usaha yang banyak supaya dapat mesra kesenangan bersama-sama iaitu antara
rakyat dengan kerajaan dengan bersatu seperti nyawa dengan jasaad serta dengan
taqwa dan tawakkal kepada Allah ta'alaa dengan menahan sabar daripada kepayahan
maka tentu akhirnya insya Allah ta'ala dapat jadi kebajikan bersama-sama dengan
saudara-saudara-saudara Islam yang dalam negeri Aceh dengan berkasih-kasihan
dengan mengikut Syarak Allah dan Syarak Rasul dan Syarak Kerajaan.
Sanah 1272
Hijriah ( 1855 Masehi )”
Dari
duapuluh satu kewajiban yang diuraikan dalam Wasiat Raja Aceh di atas,
mengerucut kepada lima nilai yang harus ditanam dan dijalankan bagi setiap
insan Aceh dalam mewujudkan Aceh maju dan bermartabat, yaitu;Pertama, berani,
yang terkandung di dalam poin satu, tujuh dan delapan; Kedua, disiplin, yang
termaktub dalam poin dua, sembilan, sepuluh, sebelas, duabelas, tiga belas,
duapuluh dan duapuluh satu; Ketiga, rajin, yang tertulis di dalam poin tiga,
empat, lima, enam, empatbelas, limabelas, dan enambelas; Keempat, amanah, yang
tertuang dalam poin duabelas dan tujuhbelas; Kelima, setia, yang tertera dalam
poin dua, tigabelas, tujuhbelas,delapanbelas, sembilanbelas, duapuluh, dan
duapuluh satu.
Sebuah
Perbandingan dan Analisa
Sebab dan
faktor kemajuan yang dicapaiArab pada masa Muhammad Saw., Jepang, Korea
Selatan, Taiwan, dan Aceh pada masa Iskandar Muda adalah karena mereka
mengimplementasikan dan menjalankan nilai-nilai muru’ah (Arab), bushido
(Jepang), hwarang (Korea Selatan), jinsheng (China Taiwan), dan wasiat Raja
Aceh dalam kehidupan mereka.Dimana nilai-nilai yang terkandung di dalamnya
adalah berani, amanah, rajin, setia, dan jujur.
Sebagai
contoh, kemajuan Jepang dalam bidang ekonomi dan teknologi dewasa ini tidak
terlepas dari pengawasan dan kendali lima buah perusahaan besar, yaitu
Mitsubishi, Mitsui, Marubeni, Sumitomo dan Dai-Ichi Kangyo (C. Itoh).Dimana
kelima ketua perusahan tersebut dipimpin oleh seorang ronin .Semua Ronin yang
memimpin ke lima-lima perusahaan besar tersebut yang digelar dengan 'zaibatsu'
tidak memiliki pengalaman dalam bidang perdagangan dan bisnis, tidak memiliki
latara belakang ilmu sains dan teknologi dan tidak terdidik dalam bidang
manajemen. Yang ada pada mereka ialah semangat “bushido” semangat yang ditanam
dalam setiap anggota samurai .
Realitas
Aceh Sekarang
Dari kelima
nilai dalam Wasiat Raja Aceh, yang tertinggal dan yang dijalankan oleh insan
Aceh hanyalah nilai berani.Keberanian rakyat Aceh sekarang diwujudkan dalam hal
yang negatif, sehingga berakibat pada lahirnya hukum rimba yang menyengsarakan
rakyat. Misalnya, keberanian tidak menjalankan amanah, tidak jujur, dan tidak
disiplin yang berdampak pada sembarautnya manajemen dan birokarasi pemerintahan
serta munculnya korupsi baik di tingkat provinsi maupun kabupaten kota. Maka,
sangat wajar apabila Aceh menempati rangking ketiga tertinggi korupsi
dibandingkan dengan provinsi-provinsi lain yang ada di Indonesia (Harian Aceh.
Com: 2012). Belum lagi keberanian tidak jujur yang dilakukan oleh para
kontraktor yang berakibat pada munculnya proyek-proyek fiktif dan pembangunan
asal jadi (Harian Aceh. Com: 2011).Ditambah lagi sifat malas berkarya yang
menggerogoti di kalangan insan Aceh.Sehingga, tidak heran apabila pekerja pembangunan
harus didatangkan dari luar Aceh, kebutuhan hidup wajib diimpor dari Medan dan
budaya meminta-meminta telah menjadi sebuah profesi yang digemari.
Realitas
yang demikian pelik dan kelam ini berdampak pada hilangnya harga diri insan
Aceh sendiri dan menjadikan Aceh sebuah bangsa yang tidak mandiri dan dipandang
sebelah mata.
Aksi
Pemerintah Aceh Baru
Merubah pola
fikir, mental dan budaya insan Aceh yang tidak beradap lagi, tidak lah semudah
membalikkan telapak tangan.Namun, Pemerintah Aceh Baru harus optimis untuk
dapat merubahnya.Dimulai dari ZIKIR sendiri dengan merealisasikan Wasiat Raja
Aceh dalam menjalankan roda pemerintahannya.Selanjutnya, membuat sistem
manajemen yang berbasis nilai-nilai yang terkandung Wasiat Raja Aceh, dimana
reward dan punishmentnya jelas dan diberlakukan kepada siapa saja tanpa
memandang bulu.
Kemudian,
merealisasikan Univeritas Aceh yang memiliki misi integritas, islamisasi,
internasioalisasi, dan pemahaman yang sangat bagus di Aceh adalah sebuah
keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.Karena, melalui lembaga
pendidikan ini, Aceh mampu bangkit dari keterpurukan ekonomi, pendidikan dan
pola fikir yang kurang beradab.
Kalam Akhir
Tidakdiragukan
lagi bahwa membangun ekonomi dan negara dibutuhkan ilmu dalam bidang manajemen
dan perdagangan.Artinya, apakah insan yang tidak memiliki latar belakang ilmu
pengetahuan alam tidak memiliki peran dalam pembangunan ekonomi dan bangsa?Akan
tetapi, realitanya, yang merusak ekonomi dan pembangunan mereka yang berlatar
belakang pendidikan tinggi. Sedangkan, mereka yang lulusan pendidikan rendah
dan yang tidak mengenyam pendidikan sama sekali, mereka akan menjadi perampok
yang mudah untuk diringkus. Itulah sebabnya keterpurukan ekonomi yang melanda
negara Eropa seperti Yunani dan Spanyol akibat ulah penyalahgunaan kekuasan,
penyelewengan dan penipuan terbesar yang dilakukan oleh tenaga professional dan
yang memiliki latar belakang pendidikan tinggi.
Dengan
demikian, pembangunan sebuah negara memang tidak dapat direalisasikan tanpa adanya
orang yang berilmu.Namun, dengan adanya pemimpin yang amanah, jujur, rajin,
disiplin dan setia dalam sebuah bangsa dapat mengupah tenaga professional yang
baik yang tidak berani menyeleweng, walaupun ia bukan dari bangsa kita sendiri.
Artinya, lebih baik bangsa asing yang tidak khianat dari pada bangsa sendiri
yang durhaka.
Akan tetapi,
yang terbaik sekali adalah jika kita memiliki tenaga kerja dari bangsa sendiri
yang berilmu dan beriman. Yaitu, tenaga kerja yang memiliki nilai-nilai murni
yang dituntut oleh semangat Bushido, Hwarang, Jinsheng, dan Muru'ah. Bagi insan
Aceh yang berpegang dan menjalankan kepada Wasiat Raja Aceh.
Lantas setelah membaca wasiat diatas, apakah cocok wasiat tersebut digunakan untuk kehidupan sehari-hari?

0 comments: